Sabtu, 12 Mac 2016

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF



Pada 13 Januari 2016 Jawatankuasa Promosi Induk Pelaksanaan 5S telah mengadakan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini telah diadili oleh Yang Amat Arif Dato' Hj. Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie JKSNPP dan 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat yang dijemput daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa. Kriteria utama yang dinilai adalah dari segi kreativiti zon masing-masing yang berimejkan korporat selari dengan keperluan EKSA.
Semasa pertandingan ini dijalankan semua ketua zon turut hadir bagi menerangkan blog masing-masing kepada juri-juri dengan cara yang tersendiri. Hasil daripada pertandingan ini Zon Lebuh King telah berjaya meraih tempat ketiga dengan markah sebanyak 79% dan memperolehi 3 bintang. Tahniah kepada semua warga Zon Lebuh King.




Share

Twitter Facebook