Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Jumaat, 6 November 2020

SEKITAR PENGAUDITAN EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 2/2020

 06 November 2020 (Jumaat) - Alhamdulillah telah selesai pengauditan Eksa Zon Bukit Mertajam Bil2/2020.  Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Bukit Mertajam yang memberi kerjasama yang amat baik kepada juruaudit untuk membuat penilaian.  Berikut ialah gambar ketika pengauditan sedang berlansung.

Penilaian audit di lobi utama Zon Bukit Mertajam


Penilaian audit di tempat letak kenderaan


Penilaian audit di pondok pengawal


Penilaian audit di pondok pengawal


Penerangan penilaian audit disampaikan oleh Ketua Audit Encik Nik Suhaimi kepada pengawal keselamatan


Penilaian audit di bilik Hakim 1 iaitu Tuan Mohd Anuar


Penilaian audit di bilik Pegawai Sulh iaitu Tuan Mohammad Fadhlan


Penialain audit Blog Eksa Zon Bukit Mertajam oleh Puan Dalilah Hanisah kepada Puan Nurul Baizura 


Penilaian audit fail pentadbiran oleh Puan Dalilah Hanisah kepada Puan Rosnah 


Puan Norhanisah berjaya mencari fail dalam masa 13 saat


Tuan Mohammad Fadlan berjaya mencari fail dalam masa 15 saat


Sesi penutupan audit


Sesi penutupan audit

Khamis, 5 November 2020

SELAMAT DATANG JURUAUDIT

06 November 2020 ( Jumaat ) - Terima kasih diucapkan kepada barisan panel juri yang sudi hadir untuk Audit Dalam Induk Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 2/2020 yang diadakan pada pukul 9.00 pagi.  Panel Juri pada kali ini diketuai oleh Encik Nik Suhaimi bin Nik Soberi dan dibantu oleh Puan Dalilah Hanisah, Encik Mohd Najmuddin, Puan Noor Hamiza dan Puan Syahida.  Audit pada kali ini turut dihadiri oleh Dato' Muhamad Abdul Karim selaku Pengerusi Eksa JKSNPP.  Warga Zon Bukit Mertajam merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk aktiviti kali ini.




Ahad, 18 Oktober 2020

AUDIT DALAM INDUK EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2020 (PART 2)

19 Oktober 2020 ( Isnin ) - Audit Dalam Induk Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 1/2020 telah diadakan pada hari ini.  Panel Juri pada kali ini diketuai oleh Encik Nik Suhaimi bin Nik Soberi dan dibantu oleh Puan Dalilah Hanisah, Puan Noor Hamiza dan Puan Syahida.  6 komponen akan diaudit oleh panel juri meliputi aspek keselamatan, fizikal ruang kerja, kebersihan dan lain-lain.  Terima kasih diucapkan kepada panel juri.




Khamis, 8 Oktober 2020

GOTONG-ROYONG EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 4/2020

 09 Oktober 2020 (Jumaat) - Gotong-royong Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 4/2020 telah diadakan pada hari ini dengan memberi keutamaan dengan menyediakan tagging yang berkaitan Eksa seperti tagging Etika di bilik atau sudut yang berkaitan, mengemaskini PIC di setiap bilik atau sudut yang berkaitan. Terima kasih diucapkan kepada semua di atas kerjasama yang telah diberikan.








Jumaat, 25 September 2020

MESYUARAT EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 4/2020

 25 September 2020 (Jumaat) - Zon Bukit Mertajam telah mengadakan satu Mesyuarat Perlaksanaan Eksa Bil. 4/2020.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Fuad bin Abdul Aziz.  Mesyuarat telah membuat keputusan akan mengadakan gotong - royong Eksa pada 09 Oktober 2020 bagi menghadapi Audit Dalam Eksa Bil. 1 yang akan diadakan pada 19 Oktober 2020.




Khamis, 13 Ogos 2020

GOTONG-ROYONG EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 4/2020

 14 Ogos 2020 (Jumaat) - Program gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan ruang kerja kakitangan selaras dengan kriteria amalan Eksa yang telah ditetapkan dalam kompenen Pensijilan EKSA.  Persekitaran yang bersih dan ceria akan memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan di kalangan warga Zon Bukit Mertajam.  Selaras dengan tuntutan Islam "Menjaga Kebersihan adalah Tuntutan Islam" Zon Bukit Mertajam telah mengadakan gotong-royong pada 14 Ogos 2020 (Jumaat) jam 9.00 pagi.  Terima kasih atas penglibatan dan komitmen semua warga Zon Bukit Mertajam.







Jumaat, 7 Ogos 2020

MESYUARAT EKSA BIL. 3/2020

07 Ogos 2020 (Jumaat) - Zon Bukit Mertajam telah mengadakan satu Mesyuarat Perlaksanaan Eksa Bil. 3/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPT. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Fuad bin Abdul Aziz. Mesyuarat telah membuat keputusan akan mengadakan gotong-royong Eksa pada 14 Ogos 2020 (Jumaat) untuk memastikan Zon Bukit Mertajam sentiasa kemas dan teratur. Mesyuarat juga memaklumkan bahawa Audit Eksa akan diadakan pada bulan Oktober 2020.

Khamis, 30 Julai 2020

AUDIT DALAM INDUK EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL 1/2020

30 Julai 2020 (Khamis) - SELAMAT DATANG kepada ahli panel yang akan melaksanakan Audit Pensijilan Ekosistem Kondunsif Sektor Awam (EKSA) di Zon Bukit Mertajam pada hari ini. Diharapkan warga Zon Bukit Mertajam bersedia.


Rabu, 29 Julai 2020

SEKITAR AUDIT DALAM INDUK EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2020 (PART 1)

30 Julai 2020 (Khamis) - Alhamdulillah telah selesai Audit Dalam Induk Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 1/2020 telah dijalankan pada hari ini.  Atas budibicara Panel Auditer, pengauditan pada kali ini lebih tertumpu kepada Blog Eksa Zon Bukit Mertajam kerana Zon Bukit Mertajam baru sahaja berpindah ke bangunan baru pada 20 Julai 2020.  Manakala Audit Dalaman secara fizikal akan dijalankan pada pertengahan bulan September 2020.  Oleh itu, Pentadbir Blog Eksa Zon Bukit Mertajam iaitu Puan Nurul Baizura binti Romdon Mohamad telah diaudit.  Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Bukit Mertajam yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan Blog Eksa Zin Bukit Mertajam.  Terima kasih juga diucapkan kepada ahli panel Tuan Nik Suhaimi bin Nik Sabri, Tuan Mohd Najmuddin bin Haji Mustaffa dan Puan  Syahida binti Md Desa.
 
 




 

Jumaat, 24 Julai 2020

GOTONG - ROYONG PERDANA JKSNPP BIL. 1/2020

24.07.2020 (Jumaat) - Gotong-royong Perdana Bil. 1/2020 JKSNPP telah diadakan serentak pada hari ini di seluruh zon EKSA JKSNPP. Gotong-royong ini bertujuan untuk membuat persediaan kepada Audit Dalam yang akan berlangsung pada minggu hadapan bermula daripada 27 Julai hingga 30 Julai 2020. Zon Bukit Mertajam juga turut bersama-sama menjayakan gotong-royong perdana ini. Tahniah diucapkan kepada semua diatas kerjasama yang telah diberikan.


Rabu, 15 Julai 2020

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI ZON BUKIT MERTAJAM

15 Julai 2020 ( Rabu ) - Hari ini merupakan hari dalam sejarah dan hari yang dinanti-nantikan oleh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang khususnya warga Zon Bukit Mertajam.

Tepat jam 11.00 pagi pada hari ini bertempat di ruang lobi bangunan Zon Bukit Mertajam, telah berlansungnya Majlis Penyerahan Kunci Zon Bukit Mertajam yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Tuan Ir. Roslan bin Ismail kepada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Tuan Abdul Karim bin Wahab. Turut berkesempatan menyaksikan majlis bersejarah ini ialah YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im iaitu Ketua Hakim Syarie JKSM yang hadir secara mengejut.  Seusai majlis penyerahan, YAA Dato' Dr. dan para jemputan dibawa melawat ke seluruh bangunan tersebut bagi melihat struktur dan rekabentuk bangunan.  Untuk pengetahuan, bangunan ini merupakan bangunan tiga tingkat dan kontraktor yang dilantik adalah Syarikat Dimensi Utama Construction  Sdn. Bhd.

Diharapkan dengan berpeorasinya Zon Bukit Mertajam ini dapat meningkatkan lagi produktiviti warga kerja JKSN Pulau Pinang dalam usaha mengangkat martabat mahkamah syariah ke peringkat  yang lebih tinggi.











Isnin, 13 Julai 2020

GOTONG - ROYONG ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 2/2020

03 Julai 2020 ( Jumaat ) - Gotong-royong Zon Bukit Mertajam telah diadakan pada 03 Julai 2020 dari jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari melibatkan keseluruhan kakitangan Zon Bukit Mertajam.  Gotong - royong pada kali ini memberi tumpuan kepada kekemasan di ruang bilik stor Air Handling Unit (AHU).  Amalan gotong-royong ini menjadi tunjang kerjasama di kalangan warga Zon Bukit Mertajam malah bukan sahaja membantu meringankan beban tetapi mengukuhkan ikatan silaturrahim di antara satu sama lain. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.










AUDIT EKSA BIL. 1/2020


Audit Dalam EKSA Bil.1/2020 akan diadakan pada 27 Julai - 30 Julai 2020. Oleh itu, Zon Bukit Mertajam akan berusaha membuat yang terbaik dari tahun sebelumnya.  Justeru, diharapkan warga Zon Bukit Mertajam dapat memberi kerjasama dan menyumbangkan idea untuk memperolehi prestasi yang cemerlang.  "BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING"


  

TUTORIAL BLOG EKSA DI ZON JAWI - SESI 2

03 Julai 2020 ( Jumaat ) - Sekali lagi Zon Bukit Mertajam telah menghantar Puan Nurul Baizura binti Romdon Mohamad selaku Pentadbir Blog ke Zon Jawi untuk mendapatkan informasi penting mengenai program atau aktiviti jabatan yang perlu dikemaskini di dalam blog.  Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Syahida binti Md Desa selaku Auditor Blog Jabatan.




Share

Twitter Facebook