Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Sabtu, 31 Disember 2022

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2023

Sedar atau tidak sedar kita sudah ke tahun baru yang pastinya meninggalkan memori atau kenangan manis dan pahit.. Semoga pengalaman lalu mematangkan kita semua dan boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu ini.

Semoga dengan kehadiran tahun 2023 ini akan menjadi lebih bermakna dan menjadi pendorong semangat dan azam baru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus berusaha dan berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan masing-masing.


Jumaat, 27 Mei 2022

GOTONG-ROYONG EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2022

27 Mei 2022 (Rabu) : Pada hari ini, setelah kita kembali menjalani kehidupan harian seperti sediakala, kakitangan Zon Bukit Mertajam telah mengadakan gotong-royong eksa bagi mengenalpasti dan melupuskan aset yang telah usang serta tidak ekonomik untuk dibaikpulih kembali.  Program bermula pada pukul 10.00 pagi dan semua kakitangan memberi kerjasama.  Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan di atas kerjasama yang telah diberikan. 












Rabu, 6 April 2022

MESYUARAT ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 2/2022

 06 April 2022 (Rabu) - Pada hari ini, Zon Bukit Mertajam telah mengadakan mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Zon Bukit Mertajam pada jam 2.30 petang.  Pada kali ini, Tuan Pengerusi memberi peringatan terhadap aktiviti gotong-royong dan aktiviti Go Green yang perlu dilaksanakan pada tahun ini.  Kerjasama ahlijawatankuasa amatlah diharapkan untuk aktiviti kali ini.  Mesyuarat bersurai pada pukul 4.30 petang.






Khamis, 31 Mac 2022

GO GREEN ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2022

28 Mac 2021 (Rabu) - Pada hari ini, Zon Bukit Mertajam telah membuat jualan sayur-sayuran.  Antara sayur-sayuran yang telah dijual ialah serai, betik dan cili padi.  Terima kasih diucapkan kepada AJK En. Mohamad Nalawi yang memberi kerjasama menjual hasil tanaman tersebut.  Wang hasil jualan sebanyak RM91.00 tersebut dimasukkan dalam tabung EKSA Zon Bukit Mertajam untuk kegunaan pada masa akan datang.




Isnin, 10 Januari 2022

MESYUARAT ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2022

10 Januari 2022 (Isnin) : Mesyuarat EKSA Zon Bukit Mertajam Bil. 1/2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Tengah pada jam 2.30 petang.  Mesyuarat pada kali ini dipengerusikan oleh Tuan Mohd Hayazi bin Mokhtar.  Pelbagai cadangan dan idea telah dikemukakan oleh ahlijawatankuasa untuk dilaksanakan pada tahun 2022 ini.  Diharapkan semua program yang telah dicadang serta dirancang dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.  Mesyuarat bersurai pada jam 4.30 petang.







Share

Twitter Facebook