Sekalung ucapan terima kasih khas buat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perasmian Bangunan Zon Bukit Mertajam.
KEMAS, BERSIH DAN CERIA PENCETUS TRANSFORMASI KERJA BERKUALITI
![]() |
![]() |
06 November 2020 (Jumaat) - Alhamdulillah telah selesai pengauditan Eksa Zon Bukit Mertajam Bil2/2020. Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Bukit Mertajam yang memberi kerjasama yang amat baik kepada juruaudit untuk membuat penilaian. Berikut ialah gambar ketika pengauditan sedang berlansung.
![]() |
| Penilaian audit di lobi utama Zon Bukit Mertajam |
![]() |
| Penilaian audit di tempat letak kenderaan |
![]() |
| Penilaian audit di pondok pengawal |
![]() |
| Penilaian audit di pondok pengawal |
![]() |
| Penerangan penilaian audit disampaikan oleh Ketua Audit Encik Nik Suhaimi kepada pengawal keselamatan |
![]() |
| Penilaian audit di bilik Hakim 1 iaitu Tuan Mohd Anuar |
![]() |
| Penilaian audit di bilik Pegawai Sulh iaitu Tuan Mohammad Fadhlan |
![]() |
| Penialain audit Blog Eksa Zon Bukit Mertajam oleh Puan Dalilah Hanisah kepada Puan Nurul Baizura |
![]() |
| Penilaian audit fail pentadbiran oleh Puan Dalilah Hanisah kepada Puan Rosnah |
![]() |
| Puan Norhanisah berjaya mencari fail dalam masa 13 saat |
![]() |
| Tuan Mohammad Fadlan berjaya mencari fail dalam masa 15 saat |
![]() |
| Sesi penutupan audit |
06 November 2020 ( Jumaat ) - Terima kasih diucapkan kepada barisan panel juri yang sudi hadir untuk Audit Dalam Induk Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 2/2020 yang diadakan pada pukul 9.00 pagi. Panel Juri pada kali ini diketuai oleh Encik Nik Suhaimi bin Nik Soberi dan dibantu oleh Puan Dalilah Hanisah, Encik Mohd Najmuddin, Puan Noor Hamiza dan Puan Syahida. Audit pada kali ini turut dihadiri oleh Dato' Muhamad Abdul Karim selaku Pengerusi Eksa JKSNPP. Warga Zon Bukit Mertajam merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk aktiviti kali ini.
19 Oktober 2020 ( Isnin ) - Audit Dalam Induk Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 1/2020 telah diadakan pada hari ini. Panel Juri pada kali ini diketuai oleh Encik Nik Suhaimi bin Nik Soberi dan dibantu oleh Puan Dalilah Hanisah, Puan Noor Hamiza dan Puan Syahida. 6 komponen akan diaudit oleh panel juri meliputi aspek keselamatan, fizikal ruang kerja, kebersihan dan lain-lain. Terima kasih diucapkan kepada panel juri.
09 Oktober 2020 (Jumaat) - Gotong-royong Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 4/2020 telah diadakan pada hari ini dengan memberi keutamaan dengan menyediakan tagging yang berkaitan Eksa seperti tagging Etika di bilik atau sudut yang berkaitan, mengemaskini PIC di setiap bilik atau sudut yang berkaitan. Terima kasih diucapkan kepada semua di atas kerjasama yang telah diberikan.