Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Khamis, 11 November 2021

MESYUARAT EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 2/2021

11 November 2021 (Isnin) : Zon Bukit Mertajam telah mengadakan mesyuarat Zon kali Ke-2 bertempat di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah. Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh semua ahli Zon Bukit Mertajam setelah sekian lama arahan Bekerja  Dari  Rumah (BDR) dilaksanakan.  Mesyaurat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Hayazi bin Mokhtar. Tuan pengerusi meminta ahli AJK Zon Bukit Mertajam mengemaskini kembali carta organisasi warga Zon Bukit Mertajam, carta pergerakan pegawai kerana terdapat pertukaran pegawai ke tempai lain.  Selain itu, tuan pengerusi juga meminta ahli AJK Zon Bukit Mertajam memberi tumpuan dan bersedia untuk menghadapi Audit Dalaman Eksa yang akan berlansung pada bila-bila masa sahaja memandangkan Negeri Pulau Pinang telah pun memasuki Fasa 4 pada 8hb November 2021 yang lalu.  Dihadapkan warga Zon Bukit Mertajam dapat bersedia sepenuhnya.  Mesyuarat telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. 









Rabu, 13 Oktober 2021

GO GREEN ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2021

13 Oktober 2021 (Rabu) - Pada hari ini, Zon Bukit Mertajam telah membuat jualan sayur-sayuran.  Antara sayur-sayuran yang telah dijual ialah serai, kacang bendi, jagung, terung, cili padi dan peria.  Terima kasih diucapkan kepada AJK En. Mohamad Nalawi yang memberi kerjasama menjual hasil tanaman tersebut.  Wang hasil jualan sebanyak RM40.00 tersebut dimasukkan dalam tabung EKSA Zon Bukit Mertajam untuk kegunaan pada masa akan datang.





Rabu, 23 Jun 2021

MESYUARAT EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2021

23 Jun 2021 (Rabu) - Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Eksa Zon Bukit MErtajam Bil. 1/2021 secara maya melalui aplikasi Google Meet. Mesyuarat terpaksa diadakan secara maya memandangkan negara kita masih lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat dengan penutupan sektor sosial dan ekonomi manakala sektor awam akan melaksanakan kaedah Berkerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya. Namun, hal ini tidak mematahkan semangat warga Zon Bukit Mertajam dalam merancang aktiviti Eksa untuk tahun ini. Antara fokus utama perbincangan mesyuarat pada kali ini lebih tertumpu teguran audit yang lalu iaitu menempatkan Sudut Bacaan. Satu keputusan telah dibuat untuk dekorasi Sudut Bacaan tersebut. Terima kasih kepada warga Zon Bukit Mertajam yang memberi berjasama melayari mesyuarat secara maya. 

Khamis, 25 Mac 2021

SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH




Sekalung ucapan terima kasih khas buat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Perasmian Bangunan Zon Bukit Mertajam. 


MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN ZON BUKIT MERTAJAM

Rabu, 24 Mac 2021

GOTONG-ROYONG MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN ZON BUKIT MERTAJAM






24 Mac 2021 (Rabu) - Sempena Majlis Perasmian Bangunan Zon Bukit Mertajam yang akan dirasmikan oleh TYT 25 Mac 2021, jabatan telah  mengadakan gotong-royong pada hari ini bertempat di Bangunan Zon Bukit Mertajam yang dihadiri kakitangan JKSNPP.  Aktviti ini telah dibahagikan mengikut jawatankuasa yang ditetapkan seperti di dalam mesyuarat induk.  Alhamdulillah, gotong-royong pada hari ini telah selesai dan berjalan dengan baik. Kami warga Zon Bukit Mertajam mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat yang telah menjayakan gotong-royong ini.    

Jumaat, 6 November 2020

SEKITAR PENGAUDITAN EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 2/2020

 06 November 2020 (Jumaat) - Alhamdulillah telah selesai pengauditan Eksa Zon Bukit Mertajam Bil2/2020.  Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Bukit Mertajam yang memberi kerjasama yang amat baik kepada juruaudit untuk membuat penilaian.  Berikut ialah gambar ketika pengauditan sedang berlansung.

Penilaian audit di lobi utama Zon Bukit Mertajam


Penilaian audit di tempat letak kenderaan


Penilaian audit di pondok pengawal


Penilaian audit di pondok pengawal


Penerangan penilaian audit disampaikan oleh Ketua Audit Encik Nik Suhaimi kepada pengawal keselamatan


Penilaian audit di bilik Hakim 1 iaitu Tuan Mohd Anuar


Penilaian audit di bilik Pegawai Sulh iaitu Tuan Mohammad Fadhlan


Penialain audit Blog Eksa Zon Bukit Mertajam oleh Puan Dalilah Hanisah kepada Puan Nurul Baizura 


Penilaian audit fail pentadbiran oleh Puan Dalilah Hanisah kepada Puan Rosnah 


Puan Norhanisah berjaya mencari fail dalam masa 13 saat


Tuan Mohammad Fadlan berjaya mencari fail dalam masa 15 saat


Sesi penutupan audit


Sesi penutupan audit

Share

Twitter Facebook