Pada 21 Ogos 2019, telah diputuskan dalam Mesyuarat Induk Eksa Bil. 2 Tahun 2019 berkenaan pertukaran nama semua zon di JKSNPP. Pertukaran nama zon asal kepada nama zon kawasan. Pertukaran nama zon ini berkuat kuasa 25 September 2019 seperti berikut:
1. Zon Lebuh Victoria (Khidmat Pengurusan sumber manusia) ditukar nama kepada Zon Batu Gantung.
2. Zon Lebuh Light (Mahkamah Tinggi Syariah) ditukar nama kepada Zon Georgetown.
3. Zon Lebuh Queen (Mahkamah Rendah Syariah DaerahTimur Laut) ditukar nama kepada Zon Bandaraya.
4. Zon Lebuh Downing Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya ditukar nama kepada Zon Balik Pulau.
5. Zon Lebuh Armenian (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara) ditukar nama kepada Zon Bertam.
6. Zon Lebuh King (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah ditukar nama kepada Zon Bukit Mertajam.
7. Zon Lebuh Campbell (Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan) ditukar nama kepada Zon Jawi.