Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Khamis, 1 Disember 2016

JOHAN & PERSEMBAHAN TERBAIK BAGI PERTANDINGAN INNOVATION CHALLENGE

 
 

 
Pada 18 November 2016  Pertandingan Innovation Challenge 2016 peringkat Jabatan telah diadakan semasa Perhimpunan Bulanan Bil.5 Tahun 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini diadili oleh Y.A. Tn. Ahmad Irwan Bin Ismail, Hakim Mahkamah Tinngi Syariah bersama 2 orang juri jemputan dari Malaysia Produktiviti Corporation (MPC).

Pertandingan ini telah disertai oleh 9 Kumpulan yang mewakili zon masing-masing. Zon Lebuh King telah diwakili oleh Kumpulan Comrade Bersatu yang dianggotai oleh 4 orang iaitu Tn. Faiyzan Bin Ahmad selaku Ketua Kumpulan, Pn. Noor Hasyimah Binti Khalid sebagai Setiausaha dan Encik Abdul Munir Bin Ghazali dan Pn. Rosnah Binti Masri sebagai ahli. Kumpulan Comrade Bersatu mempertaruhkan satu projek inovasi di bawah kategori produk yang dinamakan The Gerobok W@qaf.

Kumpulan Comrade Bersatu telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Produk dan memperolehi 3 Bintang yang telah membawa pulang hadiah bernilai RM200.00. Selain itu Kumpulan ini juga berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik yang turut membawa pulang wang berjumlah RM100.00. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Comrade Bersatu khususnya dan Zon Lebuh King amnya di atas kejayaan yang telah dikecapi. Semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat kepada semua ahli Lebuh King untuk terus cemerlang di masa akan datang.

Share

Twitter Facebook