Pages

Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Ahad, 30 September 2018

MESYUARAT EKSA BIL.3/2018










28.09.2018 (Jumaat) - Zon Lebuh King telah mengadakan Mesyuarat Zon Bil. 3/2018 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah. Mesyuarat diadakan pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran semua ahli. Minum pagi iaitu nasi lemak turut disediakan kepada semua ahli zon setelah mesyuarat selesai.

TAKLIMAT TIPS KESELAMATAN DAN KEBAKARAN DI PEJABAT






                        
6/4/2018 ( JUMAAT)- Sempena Majlis Perhimpunan Bulanan bil1/2018, Jabatan telah menjemput Penguatkuasa Bomba PgB Mohd Syafiq bin Mohd Jamil daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Pulau Pinang bagi menyampaikan taklimat mengenai tip-tip keselamatan di bangunan Pejabat.  Pelbagai maklumat dikongsi oleh PgB Mohd Syafiq terutamanya cara-cara menyelamatkan diri sewaktu berlaku kebakaran di bangunan pejabat.
Menurut beliau mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (AKTA 341) , bangunan atau premis perlu kepada perakuan bomba. Bangunan yang melebihi lima tingkat mesti mempunyai dua tangga lebih. Tangga perlu dilengkapi dengan pintu rintangan api dan pintu rintangan api perlu sentiasa ditutup. Pastikan jalan keluar, pintu keluar serta tangga tidak ada halangan. Sign KELUAR perlu sentiasa berfungsi dan jika berlaku kebakaran ikut signboard KELUAR dan masuklah dalam kurungan tangga. Pintu rintangan api mempunyai ketahanan api sehingga 2 jam. Struktur pintu rintangan api dibina menggunakan material yang sangat kuat dan kukuh dan dijadikan medium penghalang api daripada merebak ketika kebakaran berlaku. Ia boleh membantu penghuni bangunan terselamat daripada kebakaran. Sekiranya berlaku kebakaran sebaiknya hubungi no. telefon balai bomba terdekat.


                


                               

                               









Keputusan Markah Audit Dalam Bil.1/2018 yang dijalankan pada 19 hingga 28 Februari yang lalu telahpun dikeluarkan. Tahniah kepada Lebuh Campbell yang mendapat markah keseluruhan tertinggi dengan markah 97.47, diikuti dengan Lebuh Downing sebanyak 94.50 dan Lebuh Queen 94.15. Zon-zon yang mengalami penurunan markah diharap dapat mempertingkatkan lagi usaha bagi memenuhi keperluan-keperluan audit terutamanya Audit Pensijilan Semula oleh pihak MAMPU kelak. Laporan keseluruhan Audit Bil.1/2018 bolehlah dimuat naik pada :

                        
                              


                                        LAPORAN PENUH AUDIT DALAM EKSA BIL 1/2018

Selasa, 11 September 2018

SIJIL PENGHARGAAN

07.09.2018 (Jumaat) - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3 Tahun 2018 telah diadakan di Dewan Serbaguna, KKSNPP. Semasa sesi slot Eksa telah diumumkan kedudukan untuk enam(6) lebuh yang telah dipertandingkan iaitu Blog, Kaunter Terbaik dan Bilik Fail Paling Efisien. Hasil pertandingan tersebut, Lebuh King telah mendapat tempat ke-7 bagi kategori blog, manakala kaunter terbaik dan Bilik Fail Paling Efisien telah mendapat tempat ke-4. Tahniah untuk warga Lebuh King dan akan berusaha lagi.

 
 
 
 
 
 


Selasa, 12 Jun 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada Warga MRSSPT.
 

Ahad, 3 Jun 2018

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF

23.05.2018 (Rabu) - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif bertempat di Bilik Menyuarat JKSNPP. Tujuh zon terlibat secara langsung dalam pertandingan ini iaitu Zon Lebuh Armenian, Lebuh Campbell, Lebuh Queen, Lebuh Light, Lebuh Victoria, Lebuh Downing dan Lebuh King sendiri.
Juri jemputan terdiri daripada dua orang yang didatangkan khas daripada Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Salbiah binti Mat dan Puan Siti Fairus binti Mustafa. Pertandingan berlangsung pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Pemenang akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Bilik Fail Paling Efisyen dan Kaunter terbaik.




Jumaat, 18 Mei 2018

BENGKEL PELUPUSAN REKOD PADA 21 APRIL 2018

 
Pada 21 April 2018, Bengkel Pelupusan Rekod telah diadakan dengan jayanya. Semua pegawai dan kakitangan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang bengkel dijalankan.
 
 


 

Share

Twitter Facebook