Ahad, 30 September 2018

TAKLIMAT TIPS KESELAMATAN DAN KEBAKARAN DI PEJABAT






                        
6/4/2018 ( JUMAAT)- Sempena Majlis Perhimpunan Bulanan bil1/2018, Jabatan telah menjemput Penguatkuasa Bomba PgB Mohd Syafiq bin Mohd Jamil daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Pulau Pinang bagi menyampaikan taklimat mengenai tip-tip keselamatan di bangunan Pejabat.  Pelbagai maklumat dikongsi oleh PgB Mohd Syafiq terutamanya cara-cara menyelamatkan diri sewaktu berlaku kebakaran di bangunan pejabat.
Menurut beliau mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (AKTA 341) , bangunan atau premis perlu kepada perakuan bomba. Bangunan yang melebihi lima tingkat mesti mempunyai dua tangga lebih. Tangga perlu dilengkapi dengan pintu rintangan api dan pintu rintangan api perlu sentiasa ditutup. Pastikan jalan keluar, pintu keluar serta tangga tidak ada halangan. Sign KELUAR perlu sentiasa berfungsi dan jika berlaku kebakaran ikut signboard KELUAR dan masuklah dalam kurungan tangga. Pintu rintangan api mempunyai ketahanan api sehingga 2 jam. Struktur pintu rintangan api dibina menggunakan material yang sangat kuat dan kukuh dan dijadikan medium penghalang api daripada merebak ketika kebakaran berlaku. Ia boleh membantu penghuni bangunan terselamat daripada kebakaran. Sekiranya berlaku kebakaran sebaiknya hubungi no. telefon balai bomba terdekat.


                


                               

                               









Share

Twitter Facebook