Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Khamis, 30 Julai 2020

AUDIT DALAM INDUK EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL 1/2020

30 Julai 2020 (Khamis) - SELAMAT DATANG kepada ahli panel yang akan melaksanakan Audit Pensijilan Ekosistem Kondunsif Sektor Awam (EKSA) di Zon Bukit Mertajam pada hari ini. Diharapkan warga Zon Bukit Mertajam bersedia.


Rabu, 29 Julai 2020

SEKITAR AUDIT DALAM INDUK EKSA ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 1/2020 (PART 1)

30 Julai 2020 (Khamis) - Alhamdulillah telah selesai Audit Dalam Induk Eksa Zon Bukit Mertajam Bil. 1/2020 telah dijalankan pada hari ini.  Atas budibicara Panel Auditer, pengauditan pada kali ini lebih tertumpu kepada Blog Eksa Zon Bukit Mertajam kerana Zon Bukit Mertajam baru sahaja berpindah ke bangunan baru pada 20 Julai 2020.  Manakala Audit Dalaman secara fizikal akan dijalankan pada pertengahan bulan September 2020.  Oleh itu, Pentadbir Blog Eksa Zon Bukit Mertajam iaitu Puan Nurul Baizura binti Romdon Mohamad telah diaudit.  Terima kasih diucapkan kepada warga Zon Bukit Mertajam yang telah memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan Blog Eksa Zin Bukit Mertajam.  Terima kasih juga diucapkan kepada ahli panel Tuan Nik Suhaimi bin Nik Sabri, Tuan Mohd Najmuddin bin Haji Mustaffa dan Puan  Syahida binti Md Desa.
 
 




 

Jumaat, 24 Julai 2020

GOTONG - ROYONG PERDANA JKSNPP BIL. 1/2020

24.07.2020 (Jumaat) - Gotong-royong Perdana Bil. 1/2020 JKSNPP telah diadakan serentak pada hari ini di seluruh zon EKSA JKSNPP. Gotong-royong ini bertujuan untuk membuat persediaan kepada Audit Dalam yang akan berlangsung pada minggu hadapan bermula daripada 27 Julai hingga 30 Julai 2020. Zon Bukit Mertajam juga turut bersama-sama menjayakan gotong-royong perdana ini. Tahniah diucapkan kepada semua diatas kerjasama yang telah diberikan.


Rabu, 15 Julai 2020

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI ZON BUKIT MERTAJAM

15 Julai 2020 ( Rabu ) - Hari ini merupakan hari dalam sejarah dan hari yang dinanti-nantikan oleh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang khususnya warga Zon Bukit Mertajam.

Tepat jam 11.00 pagi pada hari ini bertempat di ruang lobi bangunan Zon Bukit Mertajam, telah berlansungnya Majlis Penyerahan Kunci Zon Bukit Mertajam yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Tuan Ir. Roslan bin Ismail kepada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Tuan Abdul Karim bin Wahab. Turut berkesempatan menyaksikan majlis bersejarah ini ialah YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im iaitu Ketua Hakim Syarie JKSM yang hadir secara mengejut.  Seusai majlis penyerahan, YAA Dato' Dr. dan para jemputan dibawa melawat ke seluruh bangunan tersebut bagi melihat struktur dan rekabentuk bangunan.  Untuk pengetahuan, bangunan ini merupakan bangunan tiga tingkat dan kontraktor yang dilantik adalah Syarikat Dimensi Utama Construction  Sdn. Bhd.

Diharapkan dengan berpeorasinya Zon Bukit Mertajam ini dapat meningkatkan lagi produktiviti warga kerja JKSN Pulau Pinang dalam usaha mengangkat martabat mahkamah syariah ke peringkat  yang lebih tinggi.











Isnin, 13 Julai 2020

GOTONG - ROYONG ZON BUKIT MERTAJAM BIL. 2/2020

03 Julai 2020 ( Jumaat ) - Gotong-royong Zon Bukit Mertajam telah diadakan pada 03 Julai 2020 dari jam 9.00 pagi - 12.30 tengahari melibatkan keseluruhan kakitangan Zon Bukit Mertajam.  Gotong - royong pada kali ini memberi tumpuan kepada kekemasan di ruang bilik stor Air Handling Unit (AHU).  Amalan gotong-royong ini menjadi tunjang kerjasama di kalangan warga Zon Bukit Mertajam malah bukan sahaja membantu meringankan beban tetapi mengukuhkan ikatan silaturrahim di antara satu sama lain. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.










AUDIT EKSA BIL. 1/2020


Audit Dalam EKSA Bil.1/2020 akan diadakan pada 27 Julai - 30 Julai 2020. Oleh itu, Zon Bukit Mertajam akan berusaha membuat yang terbaik dari tahun sebelumnya.  Justeru, diharapkan warga Zon Bukit Mertajam dapat memberi kerjasama dan menyumbangkan idea untuk memperolehi prestasi yang cemerlang.  "BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING"


  

TUTORIAL BLOG EKSA DI ZON JAWI - SESI 2

03 Julai 2020 ( Jumaat ) - Sekali lagi Zon Bukit Mertajam telah menghantar Puan Nurul Baizura binti Romdon Mohamad selaku Pentadbir Blog ke Zon Jawi untuk mendapatkan informasi penting mengenai program atau aktiviti jabatan yang perlu dikemaskini di dalam blog.  Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Syahida binti Md Desa selaku Auditor Blog Jabatan.




Rabu, 8 Julai 2020

SESI PERJUMPAAN PRA-PERPINDAHAN ZON BUKIT MERTAJAM

08 Julai 2020 ( Rabu ) -  Satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama YAA Tuan Mohamad Abdul Karim bin Wahab bersama kontraktor perpindahan serta wakil dari TC BOY iaitu Encik KC Chan dan Encik Peter Tan pada 08 Julai 2020, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zon Bukit Mertajam. Hasil perjumpaan, satu keputusan telah dicapai iaitu Zon Bukit Mertajam akan membuat persiapan untuk berpindah pada 15 Julai 2020 - 19 Julai 2020.  Sukacita dimaklumkan Zon Bukit Mertajam akan berpeorasi sepenuhnya pada 20 Julai 2020 ( Isnin ) di alamat baru iaitu Lot 2198 Mukim 10, Jalan Betek, Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Semoga urusan perpindahan ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya.












Khamis, 2 Julai 2020

MESYUARAT EKSA BIL. 2/2020

29 Jun 2020 (Rabu) - Zon Bukit Mertajam telah mengadakan Mesyuarat Eksa Bil. 2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat MRSSPT.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Mohamad Fuad bin Abdul Aziz selaku Ketua Zon Eksa Bukit Mertajam.  Mesyuarat telah membuatkan keputusan untuk mengadakan gotong royong perdana pada 03 Julai 2020.

Share

Twitter Facebook