Rabu, 8 Julai 2020

SESI PERJUMPAAN PRA-PERPINDAHAN ZON BUKIT MERTAJAM

08 Julai 2020 ( Rabu ) -  Satu sesi perjumpaan telah diadakan bersama YAA Tuan Mohamad Abdul Karim bin Wahab bersama kontraktor perpindahan serta wakil dari TC BOY iaitu Encik KC Chan dan Encik Peter Tan pada 08 Julai 2020, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Zon Bukit Mertajam. Hasil perjumpaan, satu keputusan telah dicapai iaitu Zon Bukit Mertajam akan membuat persiapan untuk berpindah pada 15 Julai 2020 - 19 Julai 2020.  Sukacita dimaklumkan Zon Bukit Mertajam akan berpeorasi sepenuhnya pada 20 Julai 2020 ( Isnin ) di alamat baru iaitu Lot 2198 Mukim 10, Jalan Betek, Sungai Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Semoga urusan perpindahan ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya.












Share

Twitter Facebook