Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Sabtu, 12 Mac 2016

AUDIT DALAMAN EKSA BIL.1/2016

Pada 22 Februari 2016 Audit Dalaman EKSA telah dijalankan di Zon Lebuh King oleh Jawatankuasa Audit Induk EKSA JKSNPP yang dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.


Juruaudit yang hadir pada hari tersebut adalah seperti berikut :
1. Tn.Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar (Ketua Juruaudit)
2. Pn. Dalila Hanisah Binti ABu Bakar
3. Pn. Zarina Binti Mustapa
4. Pn. Azlina Binti Shafee
5. En. Abdul Manaf Bin Jamil


Hasil auditan yang dijalankan Zon Lebuh King telah berjaya memperolehi tempat kedua tertinggi dengan markah sebanyak 95.84%. Tahniah kepada warga Zon Lebuh King atas segala kerjasama dan usaha yang diberikan bagi menjayakan auditan ini.



PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF



Pada 13 Januari 2016 Jawatankuasa Promosi Induk Pelaksanaan 5S telah mengadakan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini telah diadili oleh Yang Amat Arif Dato' Hj. Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie JKSNPP dan 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat yang dijemput daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa. Kriteria utama yang dinilai adalah dari segi kreativiti zon masing-masing yang berimejkan korporat selari dengan keperluan EKSA.
Semasa pertandingan ini dijalankan semua ketua zon turut hadir bagi menerangkan blog masing-masing kepada juri-juri dengan cara yang tersendiri. Hasil daripada pertandingan ini Zon Lebuh King telah berjaya meraih tempat ketiga dengan markah sebanyak 79% dan memperolehi 3 bintang. Tahniah kepada semua warga Zon Lebuh King.




Share

Twitter Facebook