Induk EKSA JKSNPP

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Armenian

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Campbell

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Downing

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh King

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Light

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Queen

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Zon Lebuh Victoria

Kemas Bersih Dan Ceria Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti

Khamis, 1 Disember 2016

JOHAN & PERSEMBAHAN TERBAIK BAGI PERTANDINGAN INNOVATION CHALLENGE

 
 

 
Pada 18 November 2016  Pertandingan Innovation Challenge 2016 peringkat Jabatan telah diadakan semasa Perhimpunan Bulanan Bil.5 Tahun 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini diadili oleh Y.A. Tn. Ahmad Irwan Bin Ismail, Hakim Mahkamah Tinngi Syariah bersama 2 orang juri jemputan dari Malaysia Produktiviti Corporation (MPC).

Pertandingan ini telah disertai oleh 9 Kumpulan yang mewakili zon masing-masing. Zon Lebuh King telah diwakili oleh Kumpulan Comrade Bersatu yang dianggotai oleh 4 orang iaitu Tn. Faiyzan Bin Ahmad selaku Ketua Kumpulan, Pn. Noor Hasyimah Binti Khalid sebagai Setiausaha dan Encik Abdul Munir Bin Ghazali dan Pn. Rosnah Binti Masri sebagai ahli. Kumpulan Comrade Bersatu mempertaruhkan satu projek inovasi di bawah kategori produk yang dinamakan The Gerobok W@qaf.

Kumpulan Comrade Bersatu telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Produk dan memperolehi 3 Bintang yang telah membawa pulang hadiah bernilai RM200.00. Selain itu Kumpulan ini juga berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik yang turut membawa pulang wang berjumlah RM100.00. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Comrade Bersatu khususnya dan Zon Lebuh King amnya di atas kejayaan yang telah dikecapi. Semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat kepada semua ahli Lebuh King untuk terus cemerlang di masa akan datang.

Ahad, 31 Julai 2016

PENSIJILAN EKSA

Zon Lebuh King ( Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah) telah berjaya memperolehi pensijilan EKSA oleh MAMPU hasil daripada auditan yang dijalankan baru-baru ini. Walaupon bangunan Zon Lebuh King ini hanya bangunan sewa dan mempunyai kawasan yang terhad namun zon ini juga telah mendapat kategori CEMERLANG hasil daripada usaha gigih dan komitmen yang tinggi diberikan oleh semua warga zon ini. Sekalung tahniah buat semua ahli zon yang telah memberi kerjasama yang baik.Diharapkan semua ahli terus istiqamah dalam mengamalkan Amalan EKSA ini.

AUDIT PENSIJILAN EKSA OLEH MAMPU

Pada 14 Mac 2016 Zon Lebuh King telah diaudit oleh pihak MAMPU. Juruadit yang terlibat adalah En. Mogana Rau a/l Miniandy yang diiringi oleh Pn. Dalila Hanisah Binti Abu Bakar dan En. Abdul Manaf Bin Jamil. Sesi auditan tersebut berjalan dengan lancar dengan terdapat beberapa teguran yang perlu diambil tindakan segera. Semua warga Zon Lebuh King juga telah memberi kerjasama yang baik dan semua pihak berpuashati dengan auditan tersebut. Semoga Zon Lebuh King berjaya memperolehi Pensijilan EKSA oleh MAMPU.


Sabtu, 12 Mac 2016

AUDIT DALAMAN EKSA BIL.1/2016

Pada 22 Februari 2016 Audit Dalaman EKSA telah dijalankan di Zon Lebuh King oleh Jawatankuasa Audit Induk EKSA JKSNPP yang dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.


Juruaudit yang hadir pada hari tersebut adalah seperti berikut :
1. Tn.Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar (Ketua Juruaudit)
2. Pn. Dalila Hanisah Binti ABu Bakar
3. Pn. Zarina Binti Mustapa
4. Pn. Azlina Binti Shafee
5. En. Abdul Manaf Bin Jamil


Hasil auditan yang dijalankan Zon Lebuh King telah berjaya memperolehi tempat kedua tertinggi dengan markah sebanyak 95.84%. Tahniah kepada warga Zon Lebuh King atas segala kerjasama dan usaha yang diberikan bagi menjayakan auditan ini.



PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF



Pada 13 Januari 2016 Jawatankuasa Promosi Induk Pelaksanaan 5S telah mengadakan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Pertandingan ini telah diadili oleh Yang Amat Arif Dato' Hj. Abdul Walid Bin Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie JKSNPP dan 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat yang dijemput daripada Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Salbiah Binti Mat dan Puan Siti Fairuz Binti Mustafa. Kriteria utama yang dinilai adalah dari segi kreativiti zon masing-masing yang berimejkan korporat selari dengan keperluan EKSA.
Semasa pertandingan ini dijalankan semua ketua zon turut hadir bagi menerangkan blog masing-masing kepada juri-juri dengan cara yang tersendiri. Hasil daripada pertandingan ini Zon Lebuh King telah berjaya meraih tempat ketiga dengan markah sebanyak 79% dan memperolehi 3 bintang. Tahniah kepada semua warga Zon Lebuh King.




Isnin, 11 Januari 2016

AJK ZON LEBUH KING



Ahli Jawatankuasa Zon Lebuh King terdiri daripada 11 orang



Ketua Zon                     :  Haji Mohamad Zahir Bin Isamail

Setiausaha                     :  Puan Nurul Baizura Binti Romdon Mohamad

AJK Kitar Semula        :  Encik Sukimam Bin Mat Yasin

AJK Pentadbir Blog     :  Puan Rosnah Binti Masri

Ahli                               : Tuan Mohd Anuar Bin Shaari                                        

                                         Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak

                                         Puan Noor Hasyimah Binti Khalid
                                  
                                         Puan Norhanisah Binti Othman

                                         Puan Nordiyana Binti Mohd Abdul Kader                                                          
                                         Encik Mohamad Nalawi Bin Bakar

                                         Encik Mohamad Bin Shariff





PERTANDINGAN BILIK PEGAWAI TERBAIK DAN PERTANDINGAN RUMAH KUNCI PALING EFISIEN



Pertandingan Bilik Pegawai Terbaik telah diadakan pada 26 Feb 2015 manakala Pertandingan Rumah Kunci Paling Efisien pula telah diadakan pada 4 Mac 2015.

Juri Pertandingan ini adalah Ketua Hakim Syarie Jabatan ini dan 2 orang Pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya.

Hasil daripada pertandingan ini Zon Lebuh King telah dianugerahkan sebagai NAIB JOHAN bagi Bilik Pegawai Terbaik Kategori Zon Keseluruhan.



PERTANDINGAN KAUNTER TERBAIK DAN SUDUT 5S PALING KREATIF



Pada 13 dan 14 Ogos 2014 satu Pertandingan Kaunter Terbaik dan Sudut 5S Paling Kreatif telah diadakan dengan jayanya . Antara kretria utama yang dinilai adalah dari segi keseragaman dan kreativiti bagi setiap zon.  


Pertandingan ini telah diadili oleh Ketua Hakim Syarie Jabatan ini sendiri dan 2 orang juri jemputan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Pulau Pinang.














PERTANDINGAN GO GREEN DAN WORKSTATION EKSA TERBAIK


 
Pada 5 dan 6 JAN 2014 . Jawatankuasa Promosi Induk Pelaksanaan EKSA telah menganjurkan Pertandingan Go Green dan Workstation Terbaik


Juri bagi pertangdingan ini di ketuai oleh YAA DATO’. HAJI ABDUL WALID BIN ABU HASSAN (Ketua Hakim Syarie JKSNPP ) dan turut dibantu oleh Ketua Pendaftar JKSNPP dan Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie.



Hasil pertandingan ini Lebuh King telah berjaya memperolehi TEMPAT KEDUA bagi Anugerah Workstation Terbaik Kategori Zon dan PUAN NOOR HASYIMAH BINTI KHALID iaitu Ketua Zon Lebuh King telah dianugerahkan sebagai Anugerah Workstation Terbaik bagi Kategori Individu Zon.


Selain itu , Zon Lebuh King juga berjaya meraih TEMPAT KEDUA bagi Anugerah Zon Terbaik Amalan Go Green.












SEJARAH LEBUH KING

 

Jalan ini diberi nama bersempena nama King George III . Ia diduduki oleh kelasi dan pelayar kapal di pelabuhan dari India Selatan.

Lebuh king adalah satu jalan dalam sejarah Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Hari ini ia adalah merupakan jalan sehala dengan lalu lintas yang menghala Lebuh Chulia ke Lebuh Light.






PERTANDINGAN BILIK STOR DAN INVENTORI PALING EFISIAN 



Pada 21 hingga 23 April 2014  Jawatankuasa Promosi Induk Pelaksanaan 5S telah mengadakan Pertandingan Bilik Stor Dan Inventori Paling Efisien Sempena pelaksanaan Ekosistem 5S JKSNPP . Kriteria utama yang dinilai adalah kekemasan dan kreativiti sistem pengurusan inventori bagi setiap zon.

Pertandingan ini telah diadili oleh 3 orang juri iaitu: 

1.     YAA DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN ABU HASAN 
( KETUA HAKIM SYARIE  JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI          PULAU PINANG ) 

2.     YA TUAN MOHAMAD ZAMRI BIN ROSLAN 
(HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI PULAU PINANG) 

3.     TN. AHMAD IRWAN BIN ISMAIL 
(KETUA PENDAFTAR JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG 

Hasil daripada pertandingan ini , Zon Lebuh King berjaya memperolehi TEMPAT KEDUA daripada 7 zon yang bertanding.








Share

Twitter Facebook