Rabu, 15 Julai 2020

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI ZON BUKIT MERTAJAM

15 Julai 2020 ( Rabu ) - Hari ini merupakan hari dalam sejarah dan hari yang dinanti-nantikan oleh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang khususnya warga Zon Bukit Mertajam.

Tepat jam 11.00 pagi pada hari ini bertempat di ruang lobi bangunan Zon Bukit Mertajam, telah berlansungnya Majlis Penyerahan Kunci Zon Bukit Mertajam yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Tuan Ir. Roslan bin Ismail kepada Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Tuan Abdul Karim bin Wahab. Turut berkesempatan menyaksikan majlis bersejarah ini ialah YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im iaitu Ketua Hakim Syarie JKSM yang hadir secara mengejut.  Seusai majlis penyerahan, YAA Dato' Dr. dan para jemputan dibawa melawat ke seluruh bangunan tersebut bagi melihat struktur dan rekabentuk bangunan.  Untuk pengetahuan, bangunan ini merupakan bangunan tiga tingkat dan kontraktor yang dilantik adalah Syarikat Dimensi Utama Construction  Sdn. Bhd.

Diharapkan dengan berpeorasinya Zon Bukit Mertajam ini dapat meningkatkan lagi produktiviti warga kerja JKSN Pulau Pinang dalam usaha mengangkat martabat mahkamah syariah ke peringkat  yang lebih tinggi.











Share

Twitter Facebook