Ahad, 3 Jun 2018

PERTANDINGAN BLOG EKSA PALING KREATIF

23.05.2018 (Rabu) - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSNPP telah menganjurkan Pertandingan Blog Eksa Paling Kreatif bertempat di Bilik Menyuarat JKSNPP. Tujuh zon terlibat secara langsung dalam pertandingan ini iaitu Zon Lebuh Armenian, Lebuh Campbell, Lebuh Queen, Lebuh Light, Lebuh Victoria, Lebuh Downing dan Lebuh King sendiri.
Juri jemputan terdiri daripada dua orang yang didatangkan khas daripada Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Salbiah binti Mat dan Puan Siti Fairus binti Mustafa. Pertandingan berlangsung pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Pemenang akan diumumkan bersama dengan keputusan Pertandingan Bilik Fail Paling Efisyen dan Kaunter terbaik.




Share

Twitter Facebook